Monday, November 28, 2011

Aku Menangis

Sejak dari hari sabtu 26 november 2011 lagi aku bagai sengaja disajikan dengan rancangan-rancangan yang disiarkan di tv tentang confession hamba-hamba Allah yang dulunya tersesat dan kini kembali ke jalan Allah yang benar kerana semperna Maal Hijrah ini...sedetik itu hatiku bagaikan sedikit terusik dan tersentuh...Terlintas juga dihati ku bilalah aku akan jadi seperti mereka. ku tahu mati itu pasti, cuma bilakah masanya masih menjadi tanda tanya...tapi ah, ku biarkan sahaja perasaan itu berlalu di hatiku ini..tanpa rasa bersalah aku biarkan perasaan itu berlalu...

Tapi hari ini, hati aku terusik dengan teman serumahku yang telah mencuit perasaan aku hingga mengingatkan aku kepada saudara perempuan seibu dan sebapa aku yang telah pergi meniggalkan dunia ini dalam usia yang sangat muda...ya! dengan tiba-tiba memori aku mengingatkan dia, entah mengapa..sedih rasa bertamu dalam hati ni, sgt sedih..tetapi ia tidak mengalirkan air mata aku, cuma hati ku ini rasa tersentuh dan terusik...sakit sekali..

Dan petang ini, sekali lagi hati aku terusik dan tak semena-mena aku mengalirkan air mata..aku menangis bersungguh-sungguh seperti ad org telah menyakiti hati ku hingga aku tak mampu untuk maafkan dia lagi..ia hanyalah kerana sebuah drama tanda 100hari sebelum ajal...hati aku tiba-tiba terasa takut sekali, terdetik hati aku adakah aku akan menyedari tanda-tanda itu..terus aku mencari apakah maksud sebenar tanda-tanda itu..setelah aku baca dan fahami erti tanda-tanda itu sungguh ketakutan itu datang secara tiba-tiba dihatiku ini..hati rasa syahdu mendengarkan bacaan ayat-ayat al-quran...syahdu, Allah ampunkan aku...

Aku cuba berusaha untuk berubah, tidak meninggalkan solat ku, Allah kau bantulah ak..bantulah aku agar aku bisa menutup seluruh auratku, bisa menjaga kata-kata ku, tingkah laku ku..Allah bantulah aku Allah.

Allah, kau ampunkan dosa-dosaku
Allah, kau ampunkan dosa kedua ibubapaku
Allah, kau ampunkan dosa adik-beradikku, sahabat handai ku dan juga seluruh umat islam di muka bumi ini.
Allah, kau berikanlah hidayah kepadaku
Allah, berkatilah hidupku
Allah, tabahkanlah hatiku
Allah, kau panjangkanlah nyawaku agar aku bisa berbakti kepada ibubapaku
Allah, kau panjangkanlah nyawaku agar aku bisa menghapuskan dosaku.
Allah, kau panjangkanlah nyawaku agar aku bisa memandikan dan mengkhafankan ibuku.
Allah, kau matikanlah aku didalam islam ya Allah..

Amin...~